PM dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Edgard D. Kagan, petang ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar dan Duta Besar AS ke Malaysia itu dijangka membincangkan hubungan dan kerjasama antara kedua negara meliputi pelbagai bidang selain kepengerusian ASEAN 2025, terutamanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

Baca artikel lain: PM, sekolah pondok Kelantan sepakat dalam isu Islam berbanding besarkan perbezaan

Beliau berkata butiran lanjut mengenai hasil pertemuan itu akan dimaklumkan kemudian.

Tunku Nashrul berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This