TIADA syarat dikenakan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung permohonan mengenai peruntukan Parlimen bagi kawasannya.
Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof seperti dilapor BH Online, hari ini.
Menurut Fadillah, Syed Saddiq memberi respons terhadap cadangan memorandum persefahaman (MoU) yang telah dihantar kepada bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu.
Pada masa sama, Fadillah mendedahkan bahawa Syed Saddiq turut memberi cadangan balas terhadap MoU berkenaan.
Namun begitu, beliau tidak mendedahkan cadangan balas yang diutarakan Syed Saddiq.
“Tak ada syarat. Dia (Syed Saddiq) respon dan memberi cadangan balas kepada MoU yang kita hantar,” katanya.
Baca artikel lain: ‘Tidak tahu apa yang ketat sebab tiada cadangan balas’, Fadillah persoal kenyataan Muhyiddin
Sebelum ini, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memberitahu, isu peruntukan kepada Syed Saddiq akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Fadillah yang juga Ketua Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan berkata, Syed Saddiq secara prinsip telah menyatakan persetujuan dengan beberapa perkara yang terkandung dalam MoU tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan Syed Saddiq mendakwa terpaksa bersetuju untuk menjadi model sebagai usaha mendapatkan dana bagi menampung keperluan rakyat di kawasannya.
Menurut Ahli Parlimen Muar itu beliau sudah lima kali mengadakan rundingan dengan Fadillah seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun masih belum menerima perkembangan positif.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

