KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu juga penting bagi memastikan pengurusan berfungsi dengan cekap tanpa pembaziran serta membentuk budaya kerja yang lebih dinamik dan inklusif bagi golongan belia.
Perdana Menteri yang hadir ke Program Ihya’ Ramadan di KBS hari ini turut mengimbau kembali pengalaman 42 tahun lalu ketika berkhidmat sebagai Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983.
“Saya berasa amat tersentuh dan bersemangat tatkala menjejakkan kaki di KBS tengah hari tadi kerana ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini.
“Masih segar di ingatan betapa pegawai-pegawai belia di daerah-daerah tetap bekerja dengan semangat juang yang tinggi meski berdepan tantangan dan kekangan yang ada,” katanya menerusi kenyataan di media sosial hari ini.
Terdahulu, program dimulakan dengan Mesyuarat Bersama Pimpinan Pengurusan KBS di mana pelbagai isu utama dibincangkan untuk memastikan penambahbaikan kebijakan serta mekanisme yang relevan dengan arus pendigitalan, teknologi, dan perubahan ekonomi global.
Seterusnya, Perdana Menteri bersama warga KBS menghadiri tausiah bertajuk “Ramadan: Tarbiah Emosi dan Jasmani Belia MADANI” oleh Ustaz Mohd Lukmanul Hakim Mokhtar dari JAKIM, diikuti solat Zohor secara berjemaah.
“Ramadan adalah madrasah yang terbaik dalam membentuk kualiti kepemudaan yang penuh idealisme, rohani yang kukuh, dan semangat untuk memberi dampak kepada nusa dan bangsa.
“Semoga Ramadan terus menjadi medan untuk kita memperkukuh jasmani dan rohani dalam membina sebuah tatanan yang madani dan berketerampilan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

