“SAYA tidak tahu apa yang dikatakan ketat sebab tidak ada cadangan balas diberikan.”
Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempersoalkan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang adalah luar biasa dan ketat.
Menurut Fadillah, beliau sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Pagoh tersebut kononnya MoU tersebut ketat.
Fadillah berkata, ia kerana pihak pembangkang tidak pernah memberikan cadangan balas berhubung MoU tersebut.
“Tapi kalau (draf MoU sudah) ditolak, apa nak dirunding lagi. Tidak ada cadangan balas (daripada pembangkang) kecuali daripada (Ahli Parlimen Muar), Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).
“Kita hanya tahu daripada media tapi bagi kita tidak ketat. Kalau dikatakan ketat, apa? Apa juga cadangannya kalau (sudah) ditolak, tidak ada cadangan, apa nak dibincang?” soalnya seperti dilapor BH Online, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Nak jadi hero jalanan, belajar dulu’, PM tempelak Muhyiddin, sifatkan ruang perbincangan peruntukan pembangkang sentiasa terbuka
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, sekiranya terdapat cadangan balas daripada pembangkang berhubung draf MoU itu, beliau sedia membawanya ke peringkat seterusnya.
“Kalau ada cadangan balas, saya akan bawa ke peringkat seterusnya dan boleh panggil mereka (untuk berbincang),” katanya.
Semalam, media melaporkan Muhyiddin menegaskan PN mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pihaknya bertegas bahawa syarat ditetapkan dalam memorandum persefahaman (MoU) itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

