Tular Honda EK biru terbabas langgar 4 kenderaan di Kuala Krai, pemandu parah

Dari Penulis

SEORANG lelaki parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang, Kampung Ragu, Kuala Krai, petang semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9658

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai dalam satu kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 1.02 petang.

Sepasukan 11 anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan empat buah kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu Toyota Hilux dan Honda City yang dinaiki oleh seorang lelaki bersama seorang wanita serta satu kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang bayi berusia dua bulan berada dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu.

Pemeriksaan pada Toyota Vios yang dinaiki oleh dua lelaki juga berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, pemeriksaan pada Honda EK mendapati seorang lelaki mengalami cedera parah dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.

Anggota bomba bertindak memutuskan kabel bateri pada setiap kenderaan untuk memutuskan arus elektrik sebelum membuat kerja-kerja pembersihan jalan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Segamat kurang 49 doktor, KKM diminta tambah petugas

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) diminta menambah bilangan petugas kesihatan terutama doktor di Hospital Segamat ekoran keperluan yang semakin mendesak. EXCO Kesihatan...

More Articles Like This