Wujud trend penurunan insiden keselamatan siber – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN mendapati wujudnya trend penurunan insiden keselamatan siber di negara ini di antara tahun 2023 hingga 2024.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah susulan daripada berlangsungnya Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025, hari ini.

Jelasnya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut membincangkan tentang status pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854].

“Perdana Menteri sebentar tadi mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Siber Negara Bilangan 1/2025. Beliau sekali lagi menegaskan tentang kepentingan keselamatan siber yang menjadi keutamaan negara.

“Dinamika ancaman siber adalah tinggi sejajar kebergantungan pelbagai aspek kehidupan memerlukan ekosistem dan prasarana keselamatan siber yang menyeluruh.

“Kerajaan, pihak swasta dan rakyat mempunyai peran masing-masing untuk memastikan Malaysia berdaya tahan mendepani cabaran keselamatan siber.

Baca artikel lain: Pemandu Myvi maut langgar belakang treler

“Mesyuarat mengambil maklum dan berbincang mengenai tiga pembentangan…penganjuran Cyber Games dan persidangan peringkat ASEAN anjuran bersama NACSA, Council of Europe dan INTERPOL berhubung jenayah siber dipersetujui diadakan pada bulan Mei 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan mempunyai keyakinan tinggi terhadap kepakaran dalam negara untuk berhadapan cabaran keselamatan siber.

Ujarnya, keupayaan agensi berkaitan dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan serta industri tempatan mampu memastikan Malaysia sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi ancaman siber semasa dan akan datang.

“Justeru, kerajaan menyeru pihak tempatan yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan siber bekerjasama dengan kerajaan agar eko sistem keselamatan siber dapat dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh menggunakan kepakaran anak tempatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This