PM, sekolah pondok Kelantan sepakat dalam isu Islam berbanding besarkan perbezaan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan guru-guru di sekolah pondok dan madrasah Kelantan bahawa banyak perkara boleh disepakati khususnya dalam isu Islam berbanding memperbesarkan perbezaan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara itu antara yang dibincangkan menerusi pertemuan dengan kumpulan tersebut di Pejabat Perdana Menteri.

Pada masa sama, katanya, Perdana Menteri turut mengetengahkan perkembangan komunikasi dan kerjasama baik serta erat beliau dengan Menteri Besar Kelantan.

“Perdana Menteri pagi ini telah meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan di Pejabat Perdana Menteri. Kumpulan ini telah diundang sendiri oleh beliau.

“Perdana Menteri bertukar pandangan dalam pelbagai mauduk perbincangan berkisar perkembangan isu Islam dan pembangunan ummah.

Baca artikel lain: Polis buru lelaki simbah cat merah pagar rumah

“Beliau tekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam khususnya dalam pendidikan serta beberapa ikhtiar Kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Tunku Nashrul menambah, Perdana Menteri berharap pertemuan akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan beliau amat mengalu-alukan wacana seperti ini.

Jelasnya, buah fikiran dan nasihat para tuan guru yang dizahirkan dalam pertemuan amat dihargai beliau dan percaya ianya disampaikan atas kepentingan maslahat umat serta negara.

“Perdana Menteri hargai pandangan para tuan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia.

“Selain titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguh semangat memupuk kefahaman, kasih sayang, memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar Kerajaan MADANI kepada rakyat mengenai Islam,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This