MAPIM lancar Iftar@Road2Haramain santuni jemaah haji, umrah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah melancarkan program khas Iftar@Road2Haramain bagi menyediakan juadah berbuka puasa kepada para jemaah haji dan umrah di Tanah Suci.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program yang julung kali dianjurkan itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Coffee Star, Aysar Sudee Sdn Bhd dan Aysar Arab Saudi.

Katanya, inisatif berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen MAPIM dalam memastikan kebajikan jemaah umrah dan haji terus dipelihara, terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Saya kira (apa yang dilakukan hari ini) bukan sekadar perniagaan tetapi ini adalah khidmat…apa sahaja yang kita buat ini harus tertumpu kepada persoalan bagaimana umat Islam terpelihara, kebajikannya, keselesaannya, kesantunan itu perlu ada.

“Kerja yang kita nak buat ini ialah kerja besar, kita perlu berkhidmat kepada ummah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancuran Iftar@Road2Haramain, hari ini.

Baca artikel lain: PM seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum

Program ini akan dilaksanakan di beberapa lokasi strategik termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz serta di kawasan sekitar Makkah dan Jeddah.

Iftar@Road2Haramain menyasarkan penyediaan 10,000 pek makanan setiap hari untuk diagih-agihkan kepada jemaah Malaysia yang berada di Tanah Suci.

Antara menu yang disediakan adalah nasi belauk seperti gulai kawah, masak hitam, sambal serta Kopi Coffee Star.

Juadah iftar tersebut akan disediakan oleh Aysar Sudee Sdn Bhd, sebuah syarikat gabungan Malaysia iaitu penyedia pes kering yang popular, Sudee bersama penyedia dapur untuk masakan di Makkah iaitu Aysar Saudi.

Penyediaan makanan akan lebih berkualiti dan sistematik kerana fasiliti dapur moden yang boleh menghasilkan makanan untuk 25,000 pek pada satu masa, dan disokong oleh pes kering Sudee yang telah diakui sangat mudah digunakan.

Dengan cara ini, penyediaan makanan ini dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan diberikan kepada jemaah dalam keadaan yang masih panas dan segar.

Sehubungan itu, MAPIM menyeru lebih banyak pihak, termasuk badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu dermawan untuk turut serta dalam menjayakan program ini melalui sumbangan dan penyertaan sukarelawan.

Sebagai permulaan, program yang dirancang untuk dilaksanakan pada 10 hari terakhir Ramadan itu menyasarkan sumbangan awal sekitar RM1 juta.

Untuk maklumat lanjut atau penyertaan dalam program ini, sila hubungi MAPIM Malaysia melalui saluran rasmi mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda...

More Articles Like This