PM minta wujud sinergi baharu majukan ekosistem R&D pertahanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya sinergi baharu diwujudkan dalam usaha memajukan ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertahanan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika mengadakan sesi libat urus bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan sesi libat urus tersebut bagi mendapatkan perkembangan terkini terkait kesiapsiagaan pertahanan negara.

Menurut Anwar, sinergi baharu penting seiring dengan perubahan dan kecanggihan teknologi dunia masa kini.

“Keutamaan yang perlu diambil kira kepimpinan dan pengurusan pastinya terkait status aset pertahanan, latihan, kebajikan, kerjasama dan kebersamaan seluruh pihak selain mengenalpasti masalah atau isu yang berbangkit dalam mencari penyelesaian tuntas,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: PM seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau juga sempat beramah mesra dengan juruterbang-juruterbang TUDM yang terlibat dalam pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kata beliau, antara acara yang disertai juruterbang tersebut adalah sambutan Hari Kemerdekaan serta siri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

“Kemampuan dan keupayaan mengendali pesawat dengan begitu cekap dan meyakinkan ini membuktikan kemampuan anak watan dalam mengendali pesawat yang canggih dan moden dalam memastikan kesiapsiagaan pertahanan negara pada tahap terbaik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This