Polis siasat kejadian 20 batu nisan dicabut di Tawau

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat perbuatan khianat merosakkan batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Bombalai Laut, Kampung Sungai Imam, Tawau, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.37 pagi tadi.

“Siasatan masih dijalankan berkaitan kejadian ini,” jawabnya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, tular rakaman video dan gambar memaparkan lebih 20 batu nisan dicabut di kawasan tanah perkuburan dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki yang melawat tanah perkuburan itu meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan secara sengaja.

Selain dicabut, terdapat juga batu nisan yang dipecahkan dan selebihnya dilonggokkan di satu kawasan.

Waris diminta untuk datang ke tanah perkuburan bagi membuat pemeriksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This