Akta Kekebalan Negara Asing diharap promosi, kukuhkan hubungan diplomatik – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGUATKUASAAN Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 atau Akta 853 diharap dapat mempromosi dan mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara asing lain.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kekebalan Negara Asing, hari ini.

Mesyuarat tersebut adalah yang pertama diadakan selepas Akta 853 telah dikuatkuasakan pada 30 Ogos tahun lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat berkenaan adalah untuk memberi penerangan mengenai fungsi, kuasa serta keanggotaan Majlis Kekebalan Negara Asing serta membincangkan proses permohonan kekebalan di bawah akta tersebut.

Baca artikel lain: Jangan buat andaian rundingan gas Petronas-Petros – TPM Fadillah

Dengan penguatkuasaan akta itu, kata beliau, ia dapat mencerminkan prinsip undang-undang antarabangsa awam mengenai kekebalan negara.

“Pelaksanaan akta ini juga penting bagi memastikan Malaysia sentiasa berdaya saing di platform antarabangsa seterusnya meningkatkan ekonomi dan menjamin keselamatan negara.

“Hatta satu langkah untuk meningkatkan keyakinan pelabur mengenai perundangan negara yang memberi perlindungan kepada mereka,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menyifatkan Akta Kekebalan Negara Asing itu juga adalah salah satu inisiatif reformasi institusi.

“Malaysia menerima pakai secara zahir undang-undang adat antarabangsa (customary international law) yang menetapkan bahawa sesebuah negara dilindungi daripada tindakan dan prosiding di mahkamah negara asing,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This