Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri

Dari Penulis

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menganggarkan dua juta kenderaan memasuki Kelantan sempena Aidilfitri.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata kemasukan itu membabitkan tiga laluan masuk ke Kelantan iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Katanya, trafik dijangka sesak di semua laluan bermula 28 Mac memandangkan kebanyakannya sudah bercuti.

“Untuk Aidilfitri kali ini, kita menjangkakan dua juta kenderaan perantau memasuki Kelantan tidak lama lagi.

“Trend kemasukan kenderaan dalam jumlah besar ke Kelantan ini situasi biasa setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kita jangka bermula Jumaat pada 28 Mac, trafik akan mula sesak di semua laluan masuk ke Kelantan.

“Justeru, kita mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Pada masa sama, katanya, seramai 187 pegawai dan anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi khusus bagi memantau keadaan trafik menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This