Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB lonjakan besar pengangkutan rel

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) merupakan satu lonjakan besar dalam sistem pengangkutan rel negara khususnya di selatan tanah air.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, projek tersebut melengkapkan jaringan landasan berkembar elektrik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bahagian pantai barat Semenanjung.

Menurut beliau, projek tersebut sekali gus menghubungkan Johor Bahru sehingga ke Padang Besar di Perlis.

“Dengan adanya landasan berkembar ini, perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral hanya mengambil masa 3 jam 30 minit menjadikannya pilihan lebih pantas, selesa dan efisien.

“Laluan sepanjang 192 kilometer (km) ini merentasi Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru sebelum berakhir di JB Sentral.

“Dengan kelajuan sehingga 160 km/jam, tren elektrik ini mampu menampung kapasiti penumpang dengan 22 perjalanan sehari dan menawarkan 346 tempat duduk setiap tren,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan ke Stesen KTM Layang-Layang di Simpang Renggam bagi meninjau sendiri perkembangan projek tersebut.

Baca artikel lain: Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap, arah kontraktor lebih proaktif

Onn Hafiz memberitahu, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru itu telah pun bermula di Segamat pada 15 Mac iaitu Sabtu lalu diikuti stesen Labis pada bulan April.

Katanya, perjalanan ke Kluang akan bermula pada bulan Mei dan Johor Bahru pada bulan September dengan projek tersebut dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan September.

“Saya turut melihat kemajuan kerja-kerja infrastruktur serta berbincang dengan pihak berkaitan bagi memastikan projek ini berjalan lancar demi keselesaan rakyat.

“Projek ini merupakan sebahagian daripada transformasi infrastruktur negeri Johor.

“Semoga perkhidmatan ini akan membawa manfaat besar kepada rakyat dan negeri Johor menjadikannya lebih maju dan berdaya saing, Insya-Allah,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dilapor berkata ETS Gemas-Johor Bahru telah memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pada 7.55 pagi.

Mohd Rani dipetik berkata laluan baharu itu dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan kesalinghubungan dan menarik lebih ramai pelawat ke bandar tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This