Hargai pengorbanan anggota PDRM, kerajaan tawar Insentif Rebat RAHMAH – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan pasukan tersebut sempena sambutan Hari Polis Ke-218 hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, biar pun berdepan pelbagai cabaran serta pahit getir, pasukan Sang Saka Biru terus berdiri teguh memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Menurut Fahmi, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan PDRM tidak ternilai harganya.

“Sempena sambutan Hari Polis ke-218 hari ini, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM.

“Semoga ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka, lebih-lebih lagi dengan sambutan Syawal yang semakin hampir.

“Teruslah berkhidmat dengan penuh adil, dedikasi, amanah dan integriti, demi kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Pengurusan kuil setuju pindah, lokasi baharu berdekatan Jalan Masjid India

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pemberian Insentif Rebat RAHMAH itu dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Kementerian Komunikasi memberitahu, anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada bulan April, Mei atau Jun bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.

Selain itu, anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara one-off dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada anggota PDRM disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi; Maxis; U Mobile; TM Tech; YTL Communications; Tune Talk; redONE dan XOX Com.

“Pemberian insentif ini akan memberi manfaat kepada lebih 127,000 orang anggota PDRM.

“Insentif ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI bagi mengiktiraf dan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This