ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama negara dilapor terus bergerak perlahan pagi tadi, susulan pergerakan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan ia termasuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menuju arah utara dari Sungai Buaya ke Bukit Tagar, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Jawi ke Bukit Tambun, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Bertam.
“Ke arah selatan perlahan di Nilai ke Hentian Rawat dan Rehat (RNR) Seremban, Putra Mahkota ke Nilai dan Bandar Ainsdale ke Senawang, manakala ke arah utara perlahan di Kulai ke Sedenak,” katanya ketika dihubungi.
Selain PLUS, beliau berkata keadaan sama dilaporkan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur dari Gombak ke Lentang dan Jalan Utama Mempaga ke Plaza Tol Karak.
Baca artikel lain: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Manakala di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, aliran trafik perlahan ke arah utara di laluan utama kilometer 432.7 ke Plaza Tol Kuala Terengganu.
Sementara itu, aliran trafik di jalan utama Persekutuan, termasuk di sempadan masuk Gua Musang-Kuala Lipis dilaporkan sesak sehingga enam kilometer setakat 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata menjangkakan pertambahan kenderaan akan terus berlaku petang ini, dan penyuraian akan dijalankan dari semasa ke semasa.
Bagi membantu menjaga lalulintas, beliau berkata pihak mengambil inisiatif menambah jumlah anggota bertugas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

