Bangunan berusia lebih 100 tahun di Padungan, Sarawak ditutup sementara

Dari Penulis

SEBUAH bangunan berusia lebih 100 tahun yang menempatkan sebuah kedai cat di Padungan, Sarawak mengalami masalah keruntuhan dinding hadapan awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Tan Min Chai berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kayu yang menyokong bangunan tercabut, sekali gus menyebabkan dinding hadapan runtuh sepenuhnya.

“Pasukan bomba tiba di lokasi dalam tempoh lima minit selepas menerima panggilan kecemasan dan segera mengarahkan semua penghuni di kedua-dua tingkat bangunan itu mengosongkan premis atas faktor keselamatan,” katanya seperti dilapor RTM, hari ini.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, pihak bomba turut memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan selepas mendapati terdapat keretakan ketara pada bahagian luar bangunan berkenaan.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Penuntut IPT dibenarkan ikuti pelajaran secara dalam talian

Min Chai mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu.

Bangunan berkenaan kini ditutup sementara untuk pemeriksaan struktur secara menyeluruh oleh pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu, Min Chai memaklumkan insiden tersebut merupakan kejadian kedua dalam tempoh seminggu melibatkan keruntuhan struktur di kawasan Kuching.

“Isnin lalu, sebuah rumah di Kampung Goebilt mengalami keruntuhan lantai selepas kayu rasuk yang menahannya patah akibat reput,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This