YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warganya termasuk veteran serta mereka yang pernah berbakti.
Seri Paduka Baginda juga merakamkan setinggi penghargaan di atas jasa, bakti dan pergorbanan dicurahkan seluruh warga serta veteran TLDM dalam melindungi kedaulatan selain keselamatan negara.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada,” titahnya menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Baca artikel lain: Menang di Ayer Kuning, amanah besar rakyat kepada BN – Zambry
Sempena sambutan yang bertemakan ‘TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara’, Sultan Ibrahim turut mendoakan agar TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani di pentas antarabangsa.
Sambutan Hari TLDM ke-91 diadakan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.
Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Dr Zulhelmy Ithnain memaklumkan sambutan diadakan secara sederhana bagi menghormati tragedi tahun lepas melibatkan dua helikopter milik TLDM bertembung ketika raptai persembahan mengakibatkan 10 warganya maut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

