Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan – Zambry

Dari Penulis

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa kepimpinan mahasiswa perlu dibentuk melalui karakter berintegriti, kemahiran komunikasi mantap serta keupayaan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang sahih.

Beliau berkata demikian dalam sesi libat urus bersama pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sempena Program Pemukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) MPP Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2025 di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep “Informed Decision“, iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Baca artikel lain: Menang di Ayer Kuning, amanah besar rakyat kepada BN  – Zambry 

Dalam konteks pemerkasaan pendidikan, beliau turut menekankan keperluan membuka lebih banyak laluan akademik dari politeknik dan kolej komuniti ke universiti bagi memperkukuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Beliau juga memberi perhatian terhadap isu kebajikan pelajar B40, termasuk mencadangkan penggunaan geran khas untuk memperkukuh inisiatif seperti Bank Makanan di IPT serta penambahbaikan elaun latihan industri dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP),” menurut kenyataan itu.

Program KARISMA MPP IPT 2025 yang berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lepas menghimpunkan 110 pemimpin mahasiswa dari seluruh negara.

KPT memaklumkan pihaknya komited melaksanakan program pembangunan bakat seperti KARISMA demi melahirkan pelapis kepimpinan berkualiti tinggi selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi dengan kerjasama AKEPT dan Akademi Kenegaraan itu mengetengahkan pendekatan latihan secara hands-on, minds-on dan hearts-on yang menekankan pembangunan karakter, integriti dan jaringan kepimpinan nasional dalam kalangan mahasiswa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita dicabul ketika pulang kerja di Setia Alam, polis buru suspek

POLIS sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa berjalan kaki pulang dari tempat kerja di...

More Articles Like This