Pemilihan PKR 2025: Buat aduan di saluran rasmi jika tidak berpuas hati – Zaliha

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MANA-MANA anggota PKR boleh membuat aduan di saluran rasmi sekiranya tidak berpuas hati terhadap sebarang isu dalam Pemilihan PKR 2025.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa ketika mengulas mengenai calon yang menggunakan media sosial untuk meluahkan ketidakpuasaan hati mereka terhadap keputusan.

Kata beliau, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya aduan berkaitan salah laku dalam Pemilihan PKR 2025 dilakukan melalui saluran rasmi.

“Aduan yang kemukakan akan diteliti oleh Jawatankuasa Bantahan dan Aduan JPP 2025. Hanya dengan cara itu kita boleh ambil tindakan sepatutnya.

“Kalau tidak ada aduan atau bantahan rasmi kita tidak boleh teliti sebab setiap bantahan dan aduan kena kemuka dengan bukti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Semarak Aidilfitiri Bersama Rakan Media 2025 malam tadi.

Pada 26 Jan lepas, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan dari 11 hingga 20 April.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) bagi sesi 2025-2028 akan diadakan pada 24 Mei depan. 

Sementara itu, mengulas mengenai status terkini kerja-kerja pembinaan projek pembangunan bercampur J. Satine di Wangsa Maju, Dr Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengadakan libat urus dengan syarikat pemaju dan pembeli.

Baru-baru ini, DBKL dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembangunan bercampur projek J. Satine yang sebelum ini diberhentikan berikutan insiden keretakan pada Blok C, diteruskan bagi blok SOHO serta Blok A dan B.

Keputusan itu dibuat hasil Laporan Kemajuan Perunding Bebas bertarikh 24 Feb lepas yang disediakan oleh jurutera profesional bertauliah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This