KERAJAAN memutuskan untuk menambah kategori barangan yang boleh dibeli di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) susulan permintaan meluas daripada penerima mulai hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, penambahbaikan itu menyaksikan barangan asas yang dibenarkan ketika ini meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.
Katanya, ia merangkumi pelbagai barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
“Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.
“Peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah SARA ini adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima. Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya.
“Insya-Allah, kerajaan MADANI akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, hari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan sama turut memaklumkan lebih 3.9 juta penerima SARA telah mula menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas daripada kedai yang berdaftar dengan program itu sepanjang bulan April lalu.
Baca artikel lain: Kontraktor kendali projek kerajaan disaran siapkan projek lebih awal – Ahmad
Kenyataan itu memberitahu, sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula untuk berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA.
Jelasnya, penerima SARA telah ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta mulai bulan April 2025.
“Bilangan kedai runcit atau pasar raya berdaftar di bawah SARA telah mencecah lebih 3,700 di seluruh negara berbanding 700 buah pada tahun 2024.
“Bilangan kedai runcit akan terus ditambah bagi memastikan terdapat kedai SARA yang berdekatan dengan tempat tinggal setiap penerima,” katanya.
Kementerian Kewangan juga memaklumkan dari segi prestasi pelaksanaan SARA hingga 29 April lepas, peratus tertinggi penerima yang telah membuat pembelian SARA melalui MyKad adalah di Sabah dengan 84 peratus, diikuti Perlis (82 peratus), Kedah (80 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (79 peratus) dan Kelantan (78 peratus).
“Kadar maksimum SARA yang diterima tahun ini adalah hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, yang merupakan peningkatan 75 peratus. Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya hingga 31 Disember,” menurut kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

