Suhaizan selamat jalani pembedahan buang hempedu, keadaan stabil – Amanah Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Pulau, Suhaizan Kaiat dilaporkan telah selesai menjalani pembedahan bagi membuang hempedu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Perkembangan itu dikongsikan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aminolhuda, pembedahan itu telah berjaya dilakukan dengan selamat dan kini Suhaizan berada dalam keadaan stabil serta sedar.

Sehubungan itu, Aminolhuda menyatakan Amanah Johor berterima kasih terhadap semua pihak yang memainkan peranan yang baik serta mendoakan kesejahteraan Naib Pengerusi Amanah Johor semasa dalam rawatan.

“Kami juga turut berterima kasih kepada mereka yang bertungkus-lumus seperti pasukan perubatan hospital; pegawai-pegawai Parlimen Pulai; pasukan Amanah Johor; ketua-ketua masyarakat; unit ARIF dan individu perseorangan yang membantu menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan Suhaizan sepanjang dalam rawatan.

“Amanah Johor juga berterima kasih dengan ingatan daripada rakan-rakan termasuk Konsul Jeneral Republik Singapura, Ng Kuan Khai; Ahli Parlimen Skudai, Liew Chin Tong dan pemimpin setempat yang lain,” katanya.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU kerana paras oksigen menurun

Semalam, media melaporkan Suhaizan telah dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta di Johor Bahru, Selasa lalu, selepas paras oksigen dalam badannya menurun akibat jangkitan kuman.

Bagaimanapun, Aminolhuda dilaporkan, berkata keadaan Suhaizan kini stabil namun memerlukan pemantauan berterusan.

Pada 9 September 2023, Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menang di kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Suhaizan meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, hanya meraih 528 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, penyandang kerusi Parlimen Pulai yang juga Timbalan Presiden Amanah, yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This