PRN Sabah: Belum masanya umum calon ‘poster boy’ – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata belum masanya untuk menentukan calon ‘poster boy’ bagi mana-mana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata hasil perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Sabah semalam, beliau telah memberikan garis panduan untuk parti di negeri berkenaan menghadapi PRN.

“Saya fikir eloklah jika soal pemilihan Menteri Besar atau Ketua Menteri kita kemudiankan… pastikan kemenangan calon yang akan diketengah.

“Saya sendiri akan berunding dengan kepimpinan UMNO Sabah bagi menentukan siapa yang boleh diterima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan siapa yang boleh mengetuai kerajaan negeri apabila jumlah kerusi diperoleh paling banyak oleh mana-mana kumpulan parti di Sabah,” katanya kepada pemberita di Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Baca artikel lain: Masih belum ada rundingan agihan kerusi PH-BN hadapi PRN – PKR Sabah

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri Bersama Warga Felda di Padang Awam Palong 3 yang turut dihadiri anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mencadangkan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai ‘poster boy’ BN pada PRN nanti.

Ahmad Zahid juga berkata beliau menghormati keputusan itu tetapi menyifatkan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai ‘poster boy’.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This