“Saya tidak ditahan tapi polis leraikan salah faham” – Saiful Apek bengang filem 6 Jilake, pengarah dikutuk

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK Saiful Apeknmenyangkal dakwaan dirinya ditahan sebaliknya foto yang tular di media sosial itu dirakam ketika pihak polis sedang meleraikan perselisihan faham antara dirinya bersama seorang individu yang tidak dikenali.

Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berkata, pertelingkahan berlaku apabila individu terbabit memperlekehkan filem  6 Jilake lakonannya serta pengarah karya itu, Aziz M Osman.

“Individu dalam foto itu memang saya cuma situasi sebenarnya saya tidak ditahan, tapi sebaliknya pihak polis sedang meleraikan salah faham yang berlaku. Dalam gambar yang viral memang seolah nampak bergaduh tapi sebenarnya tidak.

“Individu berkenaan cuba membuat provokasi dengan mendakwa filem itu ‘sampah’ dan melemparkan kata-kata kurang baik tentang  apabila dia sebut nama abang saya, Aziz M Osman.

“Kalau hanya sekadar menyebut nama saya saja,  saya masih boleh kawal emosi tapi ini membabitkan individu yang saya anggap sebagai sifu,” katanya kepada URTV.

Apek berkongsi pekara itu ketika ditemui pada majlis  sidang media mStar Baek di Sungai Penchala, Damansara, Selangor, hari ini.

Jelasnya, insiden itu berlaku ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Cheras pada Isnin lalu.

“Ketika kejadian saya menghadiri rumah terbuka Tan Sri Razarudin. Tapi, tiba-tiba ada seorang individu yang tak dikenali membuat provokasi berkenaan filem itu sehingga menyebabkan saya hilang sabar.

“Saya pun bangun dan beredar kerana tidak mahu menganggu majlis. Saya fikirkan habis di situ, tapi bila saya menuju ke parkir kereta, individu tersebut masih terus membuat provokasi.

“Melihatkan ketegangan yang berlaku, pihak polis datang lalu meleraikan kekecohan,” ujarnya.

Semalam, kecoh apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu yang sama seperti Saiful Apek ditahan oleh dua anggota polis. Namun, lokasi dan punca kejadian tidak dikenal pasti.

Sementara itu, Apek memohon maaf kepada keluarga dan sahabat yang turut terheret sama  dalam kontroversi itu.

“Saya harap semua jelas dengan kenyataan ini dan saya mohon semua bertenang terutamanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang terkejut mendengar apa yang berlaku.

“Cuma apa yang paling saya risau apabila ramai yang menghubungi ahli Senario terutamanya Azlee yang kita tahu mempunyai masalah jantung,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This