LAPORAN terbaharu Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 menyaksikan Malaysia berjaya melonjak sebanyak 19 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-88.
Reporters Without Borders (RSF) melaporkan, Malaysia memperoleh skor 56.09 mata pada tahun ini berbanding 2024 yang merosot 34 tempat ke kedudukan 107 dengan skor 52.07.
Bagaimanapun, kedudukan itu masih lagi belum mampu untuk mengatasi pencapaian Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang berada di kedudukan ke-73.
Walaupun mencatat peningkatan, RSF terus mengklasifikasikan landskap media Malaysia sebagai berada dalam ‘situasi bermasalah’.
Sementara itu, dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan kedua selepas Thailand (ke-85), namun mengatasi Brunei (ke-97), Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169) dan Vietnam (ke-173).
Baca artikel lain: Johari dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkuat kuasa hari ini
Pada Februari lalu, kerajaan telah memperkenalkan kod etika kewartawanan bagi menangani cabaran yang dibawa oleh media sosial.
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia telah diluluskan di kedua-dua Dewan Parlimen pada bulan Mac, membuka jalan kepada penubuhan sebuah badan bebas untuk mengawasi industri media.
Namun demikian, RSF dan beberapa badan pemantau lain masih menggesa Malaysia supaya memansuhkan undang-undang tinggalan penjajah seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan faktor seperti konteks politik, kerangka perundangan, kebebasan media, ketelusan dan keselamatan wartawan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

