SERAMAI 105 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama  30 orang penduduk Taman Anjung Gapam, menjayakan Program SULAM penjimatan tenaga dan pengurangan bil elektrik di pekarangan Surau Taman Anjung Gapam (STAG), di Hang Tuah Jaya semalam.
Program  yang dilaksanakan bersama Komuniti Taman Anjung Gapam, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) UTeM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)  itu bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai penggunaan tenaga  lebih cekap . Â
Sepanjang program berlangsung komitmen, semangat gotong-royong dan kesediaan berkongsi ilmu serta pengalaman oleh TNB telah membolehkan sesi audit tenaga itu mampu memberi impak positif kepada komuniti.

 Ia juga sekaligus membuktikan gandingan antara komuniti dan institusi pendidikan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada peserta tetapi juga kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhan.  Selain itu program tersebut turut  memberi pengalaman berharga kepada pelajar dalam pengurusan tenaga lestari . Â
 Turut hadir pada program berkenaan ialah Dekan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik UTeM, Prof.Madya Dr.Hidayat Zainuddin, Pengarah Program SULAM Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik UTeM, Ts Dr Mohamad Faizal Baharom dan Pengerusi STAG, Jaafar Idris.
SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society yang merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti.
Ia melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

