20 kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran di Bandar Puchong Jaya

Dari Penulis

SEBANYAK 20 kereta dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.56 pagi tadi mengenai kejadian itu.

Katanya, sebanyak 21 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama BBP Subang Jaya, Seri Kembangan dan Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada 11.04 pagi, operasi pemadaman segera dilaksanakan dan kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas B yang dijadikan bengkel kereta dan motosikal dengan keluasan anggaran 80×60 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur bengkel berkenaan dan tiada mangsa terlibat.

Katanya, operasi pemadaman sedang giat dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This