Pasangan kekasih curi barang kemas RM111,743.55 ditahan polis

Dari Penulis

POLIS menahan sepasang kekasih di sekitar Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor selepas dipercayai mencuri barangan kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal lbrahim berkata, pasangan masing-masing berusia 25 dan 23 tahun itu ditahan pada pukul 3.20 petang, Jumaat lepas dan polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas terbabit.

“Kedua-duanya yang tidak bekerja didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Mereka juga negatif terhadap dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasangan terbabit kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pada 28 April lepas media melaporkan polis sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di sekitar bandar raya ini.

Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi 2 minit 26 saat menerusi laman TikTok memaparkan kejadian seorang lelaki dan wanita mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Budaya politik jadikan perbezaan wahana capai kuasa mesti ditolak – PM

BUDAYA politik yang menjadikan perbezaan sebagai wahana bagi mencapai puncak kuasa mesti ditolak oleh rakyat. Mesej itu disampaikan Perdana...

More Articles Like This