MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan veteran mendiang James Alexander Ritchie yang meninggal dunia semalam.
Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata pemergian mendiang yang amat disegani dan banyak berjasa dalam dunia kewartawanan negara merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tersayang malah kepada seluruh warga media tanah air.
“Dengan pengalaman hampir 50 tahun, mendiang menjadi inspirasi kepada ramai generasi wartawan dan meninggalkan legasi yang cukup bermakna,” katanya.
Baca artikel lain: Fahmi ucap takziah kepada keluarga Nas Ahmad, jurugambar NSTP
Fahmi berkata pemilihan James Ritchie sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak, adalah bukti pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan dan dedikasi mendiang dalam bidang tersebut.
“Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya.
James Ritchie yang menabur bakti dalam dunia kewartawanan selama lima dekad sejak 1971 meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (SGH), semalam pada usia 75 tahun.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

