Rakaman dashcam wanita maut tercampak dari Myvi tular

Dari Penulis

SEORANG wanita berusia 39 tahun maut selepas terbabit dalam satu kemalangan tragis apabila tercampak keluar dari Myvi yang dinaikinya sebelum dilanggar sebuah lori tangki di Kilometer 26, Jalan Lukut-Sepang, kira-kira jam 8.20 pagi semalam.

Video penuh: https://t.me/infoutusantv/10276

Sejak hari ini tular rakaman dashcam di media sosial yang menunjukkan detik-detik kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan kereta yang dinaiki mangsa terbuka secara tiba-tiba ketika melalui satu selekoh.

Situasi itu menyebabkan mangsa tercampak keluar ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah lori tangki minyak yang melalui jalan tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ketika kejadian, suami mangsa yang berusia 34 tahun berada di tempat duduk pemandu bersama bayi mereka yang berusia lima bulan, yang diletakkan di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat duduk hadapan.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu mendapati keputusan negatif dadah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This