PBB tolak cadangan Israel salur bantuan ke Gaza

Dari Penulis

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pasukan kemanusiaan PBB di Gaza memaklumkan bahawa pelan Israel itu melanggar prinsip asas kemanusiaan dan dilihat “dilaksanakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas barangan keperluan asas sebagai taktik tekanan – yang merupakan sebahagian daripada strategi ketenteraan.”

Mekanisme penghantaran yang dicadangkan memerlukan kelulusan PBB untuk mengagihkan bekalan melalui pusat pemeriksaan Israel di bawah syarat yang ditetapkan oleh tentera Israel.

Pasukan PBB memberi amaran bahawa rancangan itu akan memaksa orang awam memasuki zon ketenteraan untuk mendapatkan bantuan, sekali gus mendedahkan mereka dan petugas kemanusiaan kepada risiko keselamatan.

Ia juga berpotensi menyebabkan golongan rentan, termasuk mereka yang kurang upaya, tidak mendapat bantuan serta mencetuskan lebih banyak pemindahan secara paksa.

PBB menegaskan bahawa ia hanya boleh menyokong mekanisme bantuan yang menepati prinsip kemanusiaan sejagat iaitu kemanusiaan, keadilan, kebebasan dan berkecuali.

Israel menyekat sepenuhnya kemasukan bantuan ke Gaza sejak awal Mac, termasuk bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Pegawai PBB memberi amaran bahawa orang awam kini kelaparan dan hospital tidak mampu merawat mereka yang sakit dan cedera.

Israel mendakwa sekatan itu bertujuan memberi tekanan kepada kumpulan pejuang Palestin, Hamas supaya membebaskan baki tawanan.

PBB turut menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa melarang hukuman kolektif dan mewajibkan kuasa pendudukan menjaga kebajikan orang awam di wilayah yang didudukinya.

— BERNAMA-dpa

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This