AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina – Teo

Dari Penulis

PENERAPAN teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus kewartawanan bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu kerja, malah dapat memperkukuh amalan kewartawanan beretika, khususnya dalam kalangan pengamal media berbahasa Cina, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata, kursus seumpama itu turut menyediakan platform penting untuk memastikan komuniti media Malaysia, terutamanya media berbahasa Cina, kekal relevan, tangkas dan kompetitif dalam landskap penyiaran moden yang semakin dinamik.

Teo berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Kursus AI untuk Media: Pelaporan dan Kandungan untuk Pengamal Media Bahasa Cina anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini.

“Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa pengamal media dengan ilmu serta kemahiran terkini dalam bidang AI,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sehingga 30 April lepas, IPPTAR telah menganjurkan 16 kursus melibatkan 742 peserta. Bagi tahun ini, IPPTAR menyasarkan pelaksanaan 80 kursus dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta, termasuk 24 kursus berkaitan AI.

“Saya yakin, ilmu dan pendedahan yang diperoleh menerusi kursus ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan menjadi ejen transformasi dalam organisasi masing-masing,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This