Tak pernah wujud nepotisme, Nurul Izzah sekarang pun Naib Presiden – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“TAK pernah (wujud amalan nepotisme). Nurul Izzah (Anwar) sekarang pun Naib Presiden. Beliau menjawat jawatan itu. Tak timbul apa-apa perkara.”

Demikian kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil yang menyangkal wujud amalan nepotisme dalam parti itu selepas pelbagai peringkat pimpinan menyatakan sokongan supaya Nurul Izzah bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Menurut Fahmi, PKR meraikan demokrasi dan pucuk pimpinan menyerahkan pemilihan itu kepada kebijaksanaan anggota parti.

“Saya sendiri ada keluarkan kenyataan. Boleh rujuk Facebook saya bersama ketua-ketua Cabang Wilayah Persekutuan.

“Keadilan meraikan demokrasi dan kita menyerahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk membuat pilihan siapa pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan cocok dan sesuai dengan aspirasi dan juga apa yang mereka dambakan untuk penggal 2025-2028,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Baca artikel lain: Angkat Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden cerminan kukuhkan PKR – Fadhlina

Terdahulu melalui satu kenyataan, PKR Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mengangkat Nurul Izzah untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028.

Fahmi yang juga Ketua Cabang Lembah Pantai berkata, PKR Wilayah Persekutuan mempunyai keyakinan teguh bahawa Nurul Izzah bakal menerima sokongan padu selaku figura utama yang akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang akan datang.

Nurul Izzah dalam kenyataan pula menyatakan bahawa beliau akan membuat keputusan terbaik susulan cadangan pelbagai pihak supaya beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, hujung bulan ini.

Dalam hantaran di Facebook, Nurul Izzah berkata, beliau akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota PKR.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menghormati dan menghargai pandangan akar umbi untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua suspek curi peti wang penjual nasi lemak direman hingga 12 Jun

DUA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian peti wang dan telefon bimbit milik seorang penjual nasi lemak di...

More Articles Like This