KERAJAAN mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI pimpinannya mengutamakan rundingan diplomatik berhubung isu tarif tersebut.
Menurut beliau, pendekatan kerajaan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan AS serta rakan dagang utama seperti China dan Kesatuan Eropah (EU),” katanya dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan ketika ini turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara ekonomi sedang pesat membangun.
Baca artikel lain: Malaysia, Bahrain teroka kerjasama strategik pembangunan PMKS
Katanya, ia termasuk Rusia dan Brazil sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara.
“Pendekatan ini sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) demi memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat,” katanya.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi beberapa infografik mengenai pencapaian ekonomi MADANI yang terus kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.1 peratus direkodkan pada 2024 dan terus meningkat.
Pelaburan diluluskan juga tertinggi iaitu RM378.5 bilion, manakala kadar inflasi 1.8 peratus dan pengangguran 3.1 peratus direkod terendah dalam tempoh 10 tahun.
Berdasarkan infografik berkenaan. Perdana Menteri turut berkongsi beberapa kemudahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi RM1 bilion jaminan eksport disediakan di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan, selain RM500 juta Dana Pembiayaan Mudah dan RM50 juta peruntukan untuk mempergiat penerokaan pasaran baharu melalui MATRADE.
Kerajaan juga telah memperuntukkan RM1 bilion untuk menaik taraf prasarana di sempadan antara Sarawak, Sabah dan Kalimantan, Indonesia dengan proses tender kini lebih laju.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

