PM harap hubungan global Malaysia terus berkembang

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan jiran-jiran di rantau ASEAN, Asia serta seluruh benua terus harmoni dan mendapat manfaat khususnya dari sudut diplomatik, ekonomi dan pelaburan.

Anwar menyuarakan harapan itu menerusi catatan di Facebook selepas perbualan telefon bersama tiga rakan sejawatannya iaitu Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Perdana Menteri berkata perbualan bersama ketiga-tiga pemimpin berkenaan terarah kepada isu semasa, global, ASEAN, kesan tarif Amerika Syarikat serta usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau.

Baca artikel lain: Kerajaan benarkan pertukaran majikan merentasi sektor – Saifuddin Nasution

“Sewaktu perbualan dengan Albanese, saya telah menjemputnya untuk melawat Malaysia dan mengukuhkan persahabatan yang terjalin khususnya selepas kejayaan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut.

“Saya kemudian dapat berbicara dengan rakan sejawat dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao mengenai perkembangan krisis kemanusiaan di Myanmar, status republik itu sebagai anggota tetap ASEAN selain kesediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini,” katanya.

Anwar berkata sewaktu perbualan telefon dengan Paetongtarn, beberapa isu melibatkan kedua-dua negara disentuh dan dikemas kini seperti rundingan Dialog Damai Selatan Thailand yang memerlukan inisiatif keamanan dan bukannya membabitkan sebarang elemen keganasan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This