Tiket konsert sulung Insomniacks habis terjual dalam tempoh 4 jam!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN pop-rock popular tanah air, Insomniacks, mencipta kejutan apabila tiket konsert sulung mereka Insomniacks: Echoes Of A Dream pada 12 Julai depan di Zepp Kuala Lumpur, habis terjual dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas jualan dibuka secara rasmi. 

Pencapaian ini sekaligus membuktikan sokongan padu peminat terhadap kumpulan yang dianggotai oleh Syed Mir Iqbal atau Iqie selaku penyanyi utama, Wan Arif Iskandar (bass) dan Danial Lee Hashim (gitar).

Konsert yang dianjurkan SAH Entertainment dan Universal Music ini adalah acara solo sulung Insomniacks sejak mereka mula mencipta nama dengan lagu-lagu hits seperti Pulang, Sempurna, Reminisensi dan Igauan Malam. 

Kejayaan jualan tiket pantas ini turut mengejutkan ahli kumpulan yang tidak menjangkakan sambutan sebegitu hebat.

Menurut Dan, mereka begitu teruja dan sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat setia mereka.

“Sejujurnya, kami sudah tidak sabar untuk berada di atas pentas dan berkongsi pengalaman ini dengan semua orang. Konsert ini adalah sesuatu yang kami impikan sejak dari awal kami bermula. 

“Saya berharap orang ramai merasai tenaga, menyanyi bersama-sama, dan dapat berseronok serrta menikmati persembahan kami. Pastinya ia akan menjadi malam untuk diingati,” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, mereka lebih bermotivasi untuk memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert.

“Kami sangat terkejut dan teruja. Menjual tiket adalah kebimbangan besar kami, jadi untuk tiket yang habis terjual dalam masa kurang daripada empat jam bukanlah sesuatu yang kami jangkakan. 

“Kami sangat gembira kerana ramai orang menyokong kami dan mahu menonton konsert pertama kami. Ini juga membuatkan kami lebih bermotivasi untuk membuat persediaan. Kami juga lebih teruja untuk menampilkan persembahan terbaik dan semampu mungkin untuk semua orang,” katanya.

Pengarah SAH Entertainment, Sufi Rashid, menyatakan rasa terharu atas sambutan luar biasa daripada peminat.

“Kami amat berbesar hati dan teruja dengan sambutan luar biasa terhadap konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream. Tiket yang habis terjual dalam masa empat jam adalah bukti sokongan padu peminat terhadap bakat tempatan. Kami berjanji akan memberikan pengalaman konsert yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Insomniacks mula ditubuhkan pada 2015 dan permulaan band ini bermula dengan sering memuat naik video ‘cover’ lagu popular di saluran YouTube mereka.

Tidak hanya itu, Insomniacks juga pernah mendapat pengiktirafan meluas menerusi empat lagu yang menembusi Top 10 Recording Industry Malaysia (RIM) Domestic Chart iaitu melalui lagu Pulang, Sempurna, Reminisensi dan Igauan Malam.

Band ini turut melakar sejarah apabila menjadi artis pertama yang memiliki empat lagu di carta berkenaan.

Insomniacks juga adalah artis Malaysia kelima paling banyak distrim di aplikasi Spotify pada tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This