Lantikan semula Azam Baki pastikan kesinambungan agenda banteras rasuah – MCW

Dari Penulis

PELANTIKAN semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu keperluan luar jangka yang amat kritikal dalam memastikan kesinambungan agenda pencegahan rasuah di negara ini.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata dalam suasana semasa yang memperlihatkan isu rasuah semakin mencabar dan bersifat kompleks, kesinambungan kepimpinan di SPRM amat penting untuk mengekalkan momentum siasatan, pendakwaan serta pembudayaan integriti dalam sektor awam dan swasta.

“MCW juga berpandangan bahawa lanjutan tempoh ini membuka ruang penting dalam usaha mewariskan kepimpinan SPRM kepada pelapis masa depan.

Baca artikel lain: Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

“Ia membolehkan tokoh pengganti kelak menimba pengalaman secara langsung, mempelajari selok-belok pengurusan krisis integriti serta memahami tekanan dalaman dan luaran yang datang bersama tanggungjawab besar memimpin agensi penguatkuasaan rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pelantikan semula Azam bagi tempoh setahun berkuat kuasa 13 Mei ini.

Sebelum ini, Azam, 62, telah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei ini.

Jais berharap SPRM terus diperkasa dengan sokongan dasar yang tuntas, reformasi pentadbiran yang menyeluruh dan pendekatan strategik berasaskan prinsip integriti, ketelusan serta akauntabiliti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This