KERAJAAN Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak lagi meneruskan penajaan kepada pelajar peringkat ijazah pertama bidang pengajian Islam ke Asia Barat mulai tahun ini.
Penajaan itu akan diteruskan bagi pelajar untuk program peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan, penajaan bagi pelajar di peringkat ijazah pertama itu hanya akan diteruskan di Universiti Islam Selangor (UIS) atau universiti tempatan.
Menurut Mohd Shahzihan, ketetapan itu dibuat bagi mengurangkan risiko pelajar daripada terdedah kepada pengaruh dan anasir yang mengganggu pemikiran serta jati diri pelajar jurusan pengajian Islam Selangor di Asia Barat.
“Walau bagaimanapun, bagi pelajar persendirian yang tidak mendapat tempat di dalam negeri atau memilih ke Asia Barat dalam pengajian Islam adalah dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat peringkat ijazah pertama di Mesir, Jordan dan Maghribi dengan diurus sepenuhnya oleh JAIS.
“Ini bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia dari sudut fizikal, mental, mempunyai jati diri yang tinggi, menguasai bahasa Arab, memiliki pengetahuan dan keupayaan penting lainnya dalam menghadapi cara pembelajaran, suasana serta cabaran di Asia Barat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Pelajar universiti perlu segera sesuaikan diri perubahan global pantas – PM
Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, penajaan untuk melanjutkan pengajian ke UIS di peringkat ijazah pertama dilaksanakan sebagai satu usaha memperkukuh ekosistem pendidikan agama JAIS yang telah wujud di peringkat rendah dan menengah sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan, UIS dipilih selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah terbukti mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi ilmu dan akhlak serta mampu memenuhi pasaran pekerjaan.
Katanya, MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan sebarang permohonan pelajar yang telah tamat ijazah pertama pengajian Islam untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah di Mesir, Jordan dan Maghribi dengan tajaan daripada LZS dan Kerajaan Negeri Selangor.
“Tawaran bagi penajaan peringkat ijazah pertama pengajian Islam ke UIS atau universiti tempatan dan penajaan ke peringkat sarjana serta doktor falsafah di Mesir, Jordan dan Maghribi akan dikeluarkan melalui ikan pada bulan Jun 2025.
“Sesi temuduga akan dilaksanakan untuk menentukan pelajar yang layak,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

