Rusia sahabat baik Malaysia – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon sokongan peribadi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melaksana dan mempercepat pelbagai projek termasuk kerjasama dalam bidang teknologi makanan, nuklear dan ketenteraan antara kedua-dua negara.

“Kami akan memastikan bahawa kerjasama itu meliputi semua bidang,” katanya semasa pertemuan dengan Putin di Kremlin pada Rabu.

Anwar juga berkata bahawa Rusia kekal sebagai rakan baik Malaysia, dengan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin sejak 1967.

“Sudah banyak perbincangan dan memorandum persefahaman (diadakan), jadi telah sampai masanya kerjasama itu direalisasikan secepat mungkin,” kata Anwar yang mengetuai delegasi ke Rusia dari 13 hingga 16 Mei.

Baca artikel lain: Kedah henti sambung lesen jual vape – Sanusi

Beliau berkata pertemuan dengan Putin itu penting memandangkan perbincangan meluas dengan komuniti perniagaan dan ketua industri mengenai pelaburan dalam digital, peralihan tenaga, teknologi makanan, nuklear serta kerjasama ketenteraan.

Semasa pertemuan tersebut Anwar merakamkan ucapan terima kasih terhadap Putin atas penghormatan dan peluang untuk bertemu dan membincangkan isu-isu serta melaksanakannya bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Kita berbincang dengan panjang lebar (dan) anda telah memberikan kami keistimewaan dan penghormatan yang jarang berlaku; Rusia adalah sebuah negara yang hebat dan sangat penting yang memberikan kami penghargaan sedemikian.

“Dan delegasi saya, sudah tentu, amat menghargainya,” kata Anwar, yang juga menteri kewangan.

Beliau berkata pertemuan itu membincangkan pelbagai isu yang memberi manfaat.

“Kami berharapkan kejayaan dalam mesyuarat dan perbincangan dalam tempoh beberapa hari yang akan datang ini,” kata beliau.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This