PRESIDEN Rusia Vladimir Putin menyifatkan Malaysia sebagai rakan yang boleh dipercayai dan penting bagi Rusia semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Moscow pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Perdana menteri Malaysia tiba di Moscow untuk lawatan rasmi pada Selasa.
“Tuan Perdana Menteri yang dihormati, para sahabat sekalian, izinkan saya mengalu-alukan anda ke Moscow. Malaysia ialah rakan lama kami yang sangat boleh dipercayai dan penting, sama ada secara umum mahupun di Asia Tenggara,” kata Putin semasa pertemuan itu.
Baca artikel lain: Kedah henti sambung lesen jual vape – Sanusi
Presiden Rusia itu berkata hubungan ekonomi antara Rusia dan Malaysia kekal stabil, dan meskipun perdagangan dua hala mencatat sedikit penurunan tahun lepas, tahapnya masih baik.
“Suruhanjaya Antara Kerajaan harus memberi perhatian terhadap perkara ini, mencari punca dan mengambil langkah bagi memastikan trend pembangunan yang positif,” tambah Putin.
— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

