Ajinomoto, Leave a Nest Malaysia teruskan kerjasama lancar Science Castle Grant 2025

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad meneruskan kerjasama dengan Leave a Nest Malaysia (LVNSMY) dengan melancarkan program Science Castle Grant 2025 – Ajinomoto Award.

Ajinomoto dalam kenyataan memberitahu, majlis penyampaian geran dan bengkel permulaan telah diadakan di kilangnya di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, hari ini.

Menurut Ajinomoto, kolaborasi itu didorong oleh semangat untuk mewujudkan nilai bersama dan menyumbang kepada kesejahteran masyarakat.

Bersama LVNSMY, Ajinomoto telah menggalakkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan membimbing penyelidik muda berasaskan sains dan inovasi.

Katanya, tema penyelidikan merangkumi kelestarian dan inovasi alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan, inovasi serta teknologi makanan dan sebagainya.

“Ajinomoto bersama penyelidik muda ini akan mencari penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kualiti makanan, mengurangkan pembaziran dan memperkukuh kelestarian pada masa hadapan.

“Berdasarkan data terkini, terdapat peningkatan yang positif dalam penglibatan murid sekolah menengah dalam bidang STEM.

“Namun begitu, sasaran nasional bagi penglibatan STEM masih belum tercapai walaupun selepas lebih lima dekad.

“Situasi ini menyerlahkan keperluan berterusan terhadap inisiatif seperti Science Castle Grant 2025 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad Award dalam memupuk minat dan penglibatan generasi muda dalam bidang STEM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Ajinomoto Malaysia Berhad menyertai Sustainable Food Camp 2025

Mengulas lanjut, Ajinomoto memberitahu, majlis penyampaian geran itu telah dirasmikan oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kelantan bersama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto, Daisaku Wadami serta Pengarah Urusan LVNSMY, Abdul Hakim Sahidi.

Sebanyak 10 pasukan telah dipilih daripada lebih 500 penyertaan sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Setiap pasukan yang terpilih menerima geran Science Castle bernilai RM2,000 sebagai dana asas penyelidikan.

Selain sokongan dana penyelidikan, peserta juga akan menerima bimbingan mentor daripada Ajinomoto dan LVNSMY melalui sesi dalam talian dan secara bersemuka sepanjang lima bulan akan datang.

“Hasil usaha pelajar itu akan dipamerkan di pentas antarabangsa iaitu Science Castle Asia 2025 pada bulan Oktober depan.

“Semasa bengkel permulaan, peserta telah diperkenalkan kepada mentor-mentor diikuti sesi penilaian deria bertajuk ‘Can You Taste It?’ dikendalikan Dr Hadi Akbar Dahlan,” katanya.

Menurut Ajinomoto, Projek Penyelidikan Terbaik akan mewakili Malaysia di pentas berprestij Sciece Castle World di Tokyo, Disember depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This