Belia perlu tampil sebagai ejen perubahan depani cabaran – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GOLONGAN belia perlu tampil sebagai ejen perubahan dalam mendepani cabaran hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena Hari Belia Negara berkata, belia merupakan nadi masa depan Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, semangat, keberanian dan idealisme belia menjadi pemangkin kepada sebuah negara yang lebih adil, makmur dan berdaya saing.

“Fokuskan tenaga dan kepakaran untuk menangani isu-isu rakyat, menolak salah guna kuasa serta memperjuangkan kebenaran dan keadilan.

“Malaysia memerlukan belia yang celik, berprinsip dan berwawasan, bukan yang terperangkap dalam polemik remeh yang memecahbelahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Belia perlu terus berinovasi, sumbang pembangunan negara – Fahmi

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk memperkasa belia.

Katanya, pemerkasaan itu bermula daripada pendidikan ke peluang pekerjaan, inovasi serta kepimpinan.

“Masa depan negara dibina bersama generasi muda yang berani dan berintegriti.

“Teruslah melangkah ke hadapan. Masa depan Malaysia bermula dengan anda,” katanya.

Sambutan Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara, dengan ‘Yakin Boleh’ dipilih sebagai tema tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This