Bebas 20 minit, pemandu lori nahas FRU ditahan semula kerana kes curi lembu

Dari Penulis

Pemandu lori muatan batu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebaik sahaja membayar wang jaminan pada Isnin, lapor Astro Awani.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan semula ketika berada di pejabat kaunter pembayaran jamin Mahkamah Teluk Intan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.

Dia ditahan kira-kira 20 minit selepas diikat jamin pada pukul 12 tengah hari.

Proses membayar ikat jamin berjumlah RM6,000 itu dilakukan majikan lelaki itu dan rakan sekampungnya.

Masing-masing dikatakan membayar jaminan berjumlah RM4,000 dan RM2,000.

Penahanan semula lelaki terbabit bagi membantu siasatan satu kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Supt Mohammad Ali Mohd Jali ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This