BUNYI hon kenderaan lain didakwa menjadi punca seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta Toyota Vios dipandunya diserang sekumpulan gajah di KM 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli malam tadi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 39 tahun pada pukul 11.36 malam tadi.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.15 malam dekat Sungai Lebey berhampiran Tugu Peringatan JRTB Gerik-Jeli.
Setibanya di lokasi kejadian, Zulkifli berkata, mangsa telah ternampak sekumpulan gajah melintas di atas jalan raya.
“Melihat kejadian itu, pengadu (mangsa) bertindak memberhentikan kereta dan mematikan lampu kenderaannya. Namun begitu, pengadu mendakwa terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang.
Baca artikel lain: Naluri keibuan ibu gajah setia menanti anaknya yang dilanggar, runtun hati rakyat Malaysia
“Secara tiba-tiba tiga ekor gajah telah menghampiri kereta dan pemandu dalam keadaan panik telah bertindak keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri.
“Sesudah kawanan gajah terbabit beredar, pengadu hadir ke balai polis untuk membuat aduan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, Toyota Vios milik mangsa telah mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan belakang serta di sisi kanan dan kiri.
“Pemandu kenderaan itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi nasihat pihak berkuasa antaranya agar tidak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi serta mengambil langkah-langkah keselamatan yang lain apabila berhadapan dengan gajah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

