Bapa dan 2 anak sesak nafas, apartmen tingkat 16 terbakar

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG bapa dan dua anaknya mengalami sesak nafas selepas kediaman mereka di sebuah unit pangsapuri dekat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh terbakar pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima oleh pihaknya sekitar jam 6.36 pagi.

Katanya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh digegaskan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3.7 kilometer dari balai.

Menurut beliau, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.46 pagi berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian pada jam 7.05 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah pangsapuri di tingkat 16 berkeluasan 1200 persegi terbakar 80 peratus.

“Terdapat tiga orang mangsa berjaya keluar sebelum bomba sampai dan mengalami sesak nafas,” katanya yang turut menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This