Kerajaan pertimbang sambung khidmat Tengku Maimun

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk menyambung tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang dijadual bersara 30 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, isu melibatkan tempoh perkhidmatan Tengku Maimun itu sedang diteliti.

Tengku Maimun yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu dijadualkan bersara pada 30 Jun ini apabila mencapai umur persaraan wajib 66 tahun.

Baca artikel lain: Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan – Tengku Maimun

Sebelum ini, media melaporkan Tengku Maimun memberitahu bahawa beliau belum lagi menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

“Ia (tawaran) mungkin akan datang, jadi kita tunggu. Jadi buat masa ini, belum,” katanya menjawab soalan media.

Tengku Maimun berkata, beliau masih menunggu tawaran menyambung perkhidmatan bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Abang Iskandar dijadualkan bersara pada 1 Julai manakala Nallini mencapai umur persaraan wajib pada 21 Ogos.

Ditanya sama ada beliau akan menerima tawaran menyambung perkhidmatan, beliau berkata, “saya rasa saya tidak patut jawab soalan itu, tetapi kita tunggu.”

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This