‘Saya terima seruan calon Timbalan Presiden kerana kemungkinan kekosongan jawatan’, kata Nurul Izzah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“MEMANDANGKAN kemungkinan kekosongan kepimpinan ini menggusarkan ramai pihak terutama anggota dan pimpinan Keadilan, ada yang membuat seruan agar saya tampil menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden.”

Demikian kata calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengulas langkahnya untuk menyahut ‘seruan’ supaya mencalonkan diri bagi jawatan berkenaan pada Pemilihan PKR kali ini.

Nurul Izzah dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu timbul selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli telah mengambil cuti dan mengosongkan pejabatnya.

Menurut Nurul Izzah, kepimpinan parti turut dimaklumkan berhubung sepucuk surat peletakan jawatan Rafizi yang telah pun disediakan.

“Tatkala saya menerima berita bahawa saudara Rafizi telah megnambil cuti dan telah mengosongkan pejabatnya, saya ketika itu masih berada di negara India bagi menghadiri sebuah persidangan antarabangsa.

“Ketika itu, timbul kebimbangan bahawa beliau mungkin tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden sekali gus menambahkan keresahan tentang potensi kekosongan kepimpinan.

“Perkara ini berlaku susulan beberapa siri kekalahan di peringkat Cabang yang melibatkan pimpinan yang sehaluan dengan Rafizi, serta pimpinan lain di peringkat akar umbi.

“Seruan ini (beliau bertanding) telah disokong oleh 201 daripada 220 Cabang parti. Hanya pada hari terakhir penamaan calon, Rafizi mengumumkan pencalonannya, selepas saya telah menyambut seruan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: PKR perlu rangka program, dekati pengundi muda menjelang PRU16 – Nurul Izzah

Mengulas lanjut, Nurul Izzah menyifatkan kritikan Rafizi terhadap keputusan pemilihan mencerminkan suara banyak Cabang yang menyaksikan perubahan terhadap status quo.

Sesungguhnya, beliau berkata, setiap pemilihan parti pasti hadir dengan cabaran tersendiri.

Namun begitu, Nurul Izzah menegaskan, segala kebimbangan dan isu yang dibangkitkan itu mesti disemak dan ditangani dengan teliti.

“Walaupun audit antarabangsa telah dijalankan bagi menyiasat kebimbangan yang dibangkitkan, ia amat penting untuk penambahbaikan terhadap proses pemilihan dilaksanakan bagi menjawab kebimbangan tersebut dan mengurangkan defisit kepercayaan yang wujud.

“Langkah-langkah tegas sebegini berserta penambahbaikan lanjutan penting dalam membantu mewujudkan budaya kebertanggungjawaban, ketelusan dan perpaduan, nilai-nilai yang sering ditekankan oleh kepimpinan tertinggi parti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This