PENGURANGAN defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 selain peningkatan hasil sebanyak tiga peratus menjadi bukti segala tindakan diambil oleh kepimpinan dalam memacu ekonomi negara adalah betul.
Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, situasi tersebut dicapai pada ketika ekonomi dunia semakin tidak menentu dengan banyak negara jiran mengalami masalah fiskal.
Sehubungan itu, beliau berharap momentum seperti ini diteruskan dalam memastikan situasi kehidupan rakyat semakin baik dan terus terbela.
“(Hakikatnya) kerajaan telah mengurangkan ketirisan, dari segi perbelanjaan kita berjaya kutip banyak dan berbelanja secara berhemah. Perkara ini patut diteruskan dan dipertingkatkan.
“Saya jangka kurangnya ketirisan maka lebih banyak lagi hasil yang mampu dijana, pada pendapat saya jika ini indikatornya apa yang dibuat oleh kerajaan adalah betul.
“Segala langkah yang diambil memang wajar dan bersesuaian dan kita harapkan ianya diteruskan dan dipertingkatkan demi untuk kesejahteraan rakyat,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Baca artikel lain: Kereta langgar lori ketika buat pusingan U, dua warga asing maut
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2025 berkurangan kepada RM21.9 bilion, berbanding RM26.4 bilion pada akhir Mac 2024.
Ianya didorong oleh kutipan hasil yang lebih tinggi dan pengoptimuman perbelanjaan sejajar dengan inisiatif konsolidasi fiskal.
Katanya, hasil kerajaan meningkat sebanyak tiga peratus berbanding suku yang sama tahun 2024 kepada RM72.1 bilion, didorong oleh kutipan cukai yang lebih tinggi, terutamanya daripada peningkatan hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta kutipan cukai pendapatan individu.
Menurutnya, jumlah perbelanjaan menurun sebanyak 2.5 peratus kepada RM94.2 bilion, terutamanya disebabkan pengurangan perbelanjaan subsidi berikutan pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel dan harga minyak global yang lebih rendah.
Pada masa sama, Abu Sofian turut menyentuh tentang perubahan sikap rakyat Malaysia yang semakin faham dan sebati dengan tanggungjawab dalam membayar cukai.
Ujarnya, perkara ini penting, ia bukan sahaja dalam membantu meningkatkan pendapatan kerajaan namun pada masa sama membolehkan lebih banyak perkara baik dirancang demi manfaat rakyat khususnya yang memerlukan perhatian.
“Hari ini rakyat Malaysia telah sedar tentang kepentingan membayar cukai, maknanya sini kesedaran sudah meningkat. Saya nampak sekarang ini memang tinggi kepatuhan cukai,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

