Kuota NEM Rakyat ditambah 100MW, PETRA kaji mekanisme baharu program solar di bumbung

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUOTA Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) untuk kategori domestik atau NEM Rakyat akan ditambah sebanyak 100 megawatt (MW) lagi, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

PETRA dalam kenyataan memaklumkan, penambahan kuota itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kuota di bawah NEM Rakyat mencecah 600MW sejak pelaksanaannya pada tahun 2011.

Menurut PETRA, kuota NEM Rakyat sedia ada telah habis dilanggan.

Katanya, PETRA membuat keputusan menambah kuota NEM Rakyat memandangkan sambutan yang baik dan lebih ramai pengguna domestik boleh memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV).

“Kuota tambahan ini dibuka kepada semua pengguna kategori domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga kesemua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu.

“Garis panduan terkini bagi program ini boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my.

“Maklumat lanjut mengenai permohonan program NEM boleh didapati di laman sesawang SEDA Malaysia di www.seda.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, PETRA memaklumkan, penambahan kuota NEM Rakyat itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan dan merakyatkan usaha peralihan tenaga melalui pemasangan sistem solar PV di rumah kediaman.

Baca artikel lain: Program NUR@PETRA galak amalan cekap tenaga – SEDA

Selain program NEM, kementerian itu memberitahu, pengguna yang ingin memasang sistem solar untuk kegunaan sendiri juga boleh berbuat demikian melalui program Solar for Self-Consumption atau SelCo.

Jelasnya, pengguna domestik yang berhasrat memajak ruang bumbung untuk pemasangan sistem solar pula boleh menyertai program Skim Agregasi Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti (CREAM) yang ditawarkan oleh penjana dan agregator tenaga solar.

Dalam pada itu, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga selaku agensi kawal selia industri bekalan elektrik juga sedang mengkaji mekanisme dan kaedah baharu bagi pelaksanaan program solar di bumbung.

Kementerian itu memaklumkan, ia supaya inisiatif Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang bakal diperkenalkan itu lebih inklusif, adil dan bermanfaat kepada semua pengguna elektrik.

“Dalam hubungan ini, PETRA sebagai agensi peneraju agenda peralihan tenaga negara komited dalam menambah baik dan memastikan pelaksanaan inisiatif TBB menerusi program pemasangan sistem solar di bumbung bangunan akan dilaksanakan secara menyeluruh selain menyokong aspirasi peralihan tenaga negara.

“Aspirasi untuk mencapai 70 peratus kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik negara menjelang tahun 2050 merupakan tonggak kepada pembangunan mampan yang mencerminkan usaha serius negara untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber tenaga.

“Ini sekali gus memenuhi tanggungjawab kepada generasi masa kini dan akan datang sejajar dengan prinsip utama Malaysia MADANI,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This