NURUL Izzah Anwar diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti, hari ini.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selepas selesai perasmian Kongres Nasional Keadilan 2025 berlangsung di Johor Bahru.
Berita Harian melaporkan, Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi untuk menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meraih 3,866 undi.
Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

