Keputusan tak rasmi: Nurul Izzah dahului Rafizi

Dari Penulis

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang mendahului saingan bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti hari ini.

Setakat pukul 7 malam tadi, Nurul Izzah jauh mengatasi undi yang diperoleh pencabarnya yang juga penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Sumber memberitahu Berita Harian, Nurul Izzah mendominasi hampir sebahagian besar undi daripada perwakilan tetap yang mengundi secara fizikal sempena Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Johor Bahru.

Untuk rekod, Rafizi pernah tewas dalam saingan Timbalan Presiden PKR pada 2018 ke atas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun berjaya menang pada pemilihan 2022 menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Baca artikel lain: MCMC, Kementerian Pertahanan meterai perjanjian pembangunan sistem radar pertahanan

Pemilihan peringkat pusat PKR termasuk bagi 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berlangsung bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, memberitahu media semalam keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan diketahui seawal-awalnya pukul 9 malam ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PDRM buat persiapan awal hadapi PRN Johor

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan persiapan awal menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. Perkara itu...

More Articles Like This